Assalamualaikum, kepada semua pembaca....

Hai, namaku Muhammad luqman hakim bin Daud. dulu aq skola kt S.M.K. Tun Hussein Onn. aq buknnya baik sngat tapi aq akan cuba jadi seowg yg baik serta pemurah. jdi tlong bantu aq jadi sorang budak yg baik . Ok bye...

Saturday 31 December 2011

Akhlak yang mulia itu wujud dalam diri orang yang beriman

Assalamualaikum, hari ini saya akan menceritakan apa itu akhlak. Akhlak adalah apa yang kita bawa sepanjang masa dan setiap ketika. Sesungguhnya akhlak yang mulia itu sangat penting dalam kehidupan mukmin. Akhlak juga adalah cerminan kepada apa yang ada di dalam jiwa kita.
 
    Manusia lain tidak akan dapat menilai jiwa kita. Mereka dan kita tidak mempunyai kuasa untuk melihatapa yang ada di dalam hati. maka, akhlak adalah perkara yang paling penting dalam membina hubungan baik dengan manusia lain.

    Akhlak juga penting untuk mempromosikan islam. Sekiranya kita orang islam tidak mempunyai akhlak yang baik, orang lain akan melihat itu sebagai tidak baik. Akhlak juga amat penting dalam menjaga keharmonian hidup.

Adakah anda suka hidup dengan orang yang kurang ajar, biadap dan berakhlak buruk?


Kerana itulah Rasulullah SAW diutuskan, iaitu untuk membina akhlak yang mulia.
        "Sesungguhnya aku ini diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." (Hadis sahih riwayat Bukhari.)

Sunday 25 December 2011

Bertemankan kasih

Sallam kasihku hanya untukmu....
duhaai puteri hatiku,
tiba masanya buatku pergi,
bukan pergi selamanya,
namun pemergian ini hanya sementara,
demi kau dan masa depanku.

Duhai ratu hatiku,
dengar dan tenung kata hati ini,
di sini aku berjanji,
akan sentiasa menyayangimu,
selagi hayatku dikandung badan.

Tuesday 6 December 2011

Kata Syarat Cinta

Bukan kerana nama aku mencintaimu,
bukan kerana rupa juga aku mencintaimu,
bukan kerana hartamu aku mencintaimu,
tapi agamamulah yang membuat aku mencintaimu.

Jadi kerana agama lah kita bahagia di dunia dan akhirat


Monday 5 December 2011

Suatu Pemberian

Kadang-kala Allah menghlangkan matahari seketika,
Allah menurunkan hujan dan petir,
puas kita mencari sinar matahari,
rupa-rupanya Allah menghadiahkan pelangi yang cantik untuk kita.

Tak semua perempuan yang kita sayangi adalah pasangan kita,
kerana apa yang kita hajati mungkin takkan terjadi jika bukan dengan kehendaknya,
moga kita ditemukan dengan pasangan yang solehah.

Wednesday 16 November 2011

Hidup ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah

Assalamualaikum, hari ini lain sikit ceritanya kerana artikel ini menarik minat aku kepadanya. Kita memahami bahawa kita adalah hamba kepada Allah. Maka kita perlulah menyerahkan diri kita sepenuhnya untuk tunduk kepada Allah. Buat apa yang Allah suruh, dan meninggalkan apa yang Allah larang.

        Allah SWT berfirman :
    "Tidak aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (kepada aku).'
      (Az- Zaariyat 51: 56)

Monday 14 November 2011

cinta vs suka

Di hadapan orang yang kita cintai, hati kita akan berdengup kencang.
tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tak boleh merenung mata orang yang kit cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka,
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis,
bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari mata, perasaan suka bermula dari telinga. Jadi jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita menutup mata Cinta berbuah menjadi airmata.
Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka, Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cintai. Tetapi, hakikatnya cinta kepada Allah S.W.T adalah lebih hakikidan abadi.

Kasih sayang-Mu tuhan, itu yang kudambakan .. Dgn rahmat-Mu

Ampunilah dosaku ...


 

Sunday 6 November 2011

jangan pikir bukan2

Andai hati kata mati,
hilanglah rohku dari jasadku,
jika hati kata cinta,
masuklah aku dalam alam cinta,

tapi pintu hatiku tertutup rapat-serapatnya.Siapakah gerangan yang memegang kunci
hatiku, ini kerana makin lama aku tunggu, makin banyak godaan yang aku terima.

Monday 31 October 2011

+ Kasih Hati +

Tika malam bulan purnama,
hati kita bersatu,
menjadi dua,
dalam satu perasaan yang suci.

Kubentangkan langit di angkasa,
kutabur bintang di langit,
kutandakan kasih kita,
yang kekal abadi.

Andai kau tahu,
ku hanya menanti dirimu,
dalam melengkapkan kasih yang abadi.

Saturday 29 October 2011

Teknik peperangan

Dahulu kala ,pada zaman Dinatsi Ching terdapat seorang panglima yang bernama Xun Zi. Taktik perang yang digunakan pada waktu peperangan ialah :
      Bila bergerak biar sepantas angin,
      Bila berhenti biar sesunyi hutan,
      Bila menyerang  biar sehebat api,
      Bila berjaga biar seteguh gunung.


Tapi, teknik peperangan ini sudah digunakan dalam perniagaan sekarang .Contohnya orang cina dan sebab itulah perniagaan mereka maju.
Sayang,
kenapa selalu kita berbelah pendapat,
apa salahku,
sampai kau sanggup membuatku begini.

Adakah silap masa silamku,
bukanku pinta kesalahan ini berlaku,
sudah tiadakah kemaafan buatku,
sudah hapuskah namaku dalam hatimu.

Kenapa kau buatku begini,
apa yang membuat kau sampai membenciku,
sudahkah terdapat penggantiku dalam hatimu,
siapakah dia ?

Adakah dia serupa sepertiku,
yang  boleh membuatmu bahagia disampingku,
yang sentiasa membuatmu tersenyum bila berduka,
yang menjadikan dirinya sebagai tempat meluahkan perasaan.

Friday 28 October 2011

Satu Kata

Setiap hari,setiap saat,
dalam setahun,
365 hari aku menantimu,
mengungkap kata-kata hati.

Setiap jam,setiap minit,
dalam sehari,
1440 minit kau dalam hatiku selain tuhanku serta keluargaku,
kata-katamu sahaja membuat aku hampir gila.

Adakah ini dinamakan cinta,
tapi bilang orang cinta itu buta,
cinta yang bagaimana tak buta,
cinta kepada Allah atau manusia.



Kenapa malam nie otak aku berasa sakit sekali. aku rasa macam mereng je kepala otak nie. Macam nak buat  
kerja gila je. Tapi tak de orang nak jadi bahan aku malam nie la.


Wednesday 26 October 2011

Bagai metafora...

Di bawah langit tempat yang meriah ini,
ingin ku menjerit sekuat hati,
Sehingga di tempat lain yang jauh dimana-mana,
kepada orang tersebut "semoga bersabar".

Sebenarnya ingin memohon maaf kerana tidak dapat meluahkan isi hati yang terpendam. Berasa gelisah dan tidak tenteram.Sehinggakan ku mengantuk dan tertidur. Keadaan hatiku pada waktu sengang, tidak ubah seperti di hari biasa yang penuh dengan cabaran.
          Bila sahaja menarik nafas lega, timbul pula masalah lain di sebalik masalah yang lain.

Tuesday 25 October 2011

Satu cerita alam

laut membiru, pantai memutih,
tanda ikatan selamanya,
ikatan kekeluargaan harus dikukuhkan,
tanda kebahagiaan selamanya.

cahaya alam menerangi alam,
dalam menggerakkan makhluk Allah,
semua pekerjaan makhluk laksanakan,
terdapat yang baik serta jahat.

akar pokok asas bumi,
ditebangnya pokok hancurlah bumi,
makhluk dahulu menginginkan kemajuan,
zaman global mengejar kekayaan.

gunung ganang paksi mantel,
dapat mengekalkan paku bumi,
ditoreh, disodok banyak sekali,
bila lagi timbulnya kesedaran.

Kenali aku

M - melaksanakan tugasan yang diberikan
 U - ungkapanku sentiasa yang baik
 H - hampiri perkara yang ma'aruf
 A - agamaku agama islam
 M - matapelajaran matematik adalah yang aku suka
 M - mindaku yang luas
 A - alasan yang sentiasa munasabah
 D - dahagakan ilmu


 L - leka dalam menghayati ayat suci Al-Quran
 U - mengupdate perkara yang baru
 Q - pegangan Quran dan sunnah
M - akan menyerikan hidup orang yang aku kasihi
 A - agendaku selalu diisi dengan perkara yang baru
 N - neorologi yang melampaui batas



 H - hati yang bersih
 A - ajakan syaitan kutolak terus
 K - kesabaran yang tinggi
 I - Intitusi Sains dan Teknologi Darul Takzim (nama tempat belajar aku sekarang)
M - menghapuskan perkara yang tak baik pada diriku



      Namaku indah sekali, dalambahasa mulayu maksudnya amat indah sekali. Namaku bermaksud "seorang yang terpuji lagi bijaksana" . Jangan jeles ye dengan namaku ini.....  hehehe
  

Friday 21 October 2011

apa akan jadi kalau kita banyak kawan ?

Kalau kita banyak kawan semua perkara di dunia ini nampak indah di mata orang lain,
jika banyak kawan semua orang akan sayang kita,
kalau banyak kawan semua perkara senang dilakukan,
jadi banyakkan kawan kita.

kawan adalah teman yang akan selalu mendengar masalah kita,
kawan juga sebagai keluarga kita,
jangan sakiti hati kawan kita.
nanti ditimpa malang.

hehehe..........

Wednesday 19 October 2011

Indahnya kehidupan ini :)

Rinduku terpahat dalam batu,
suaraku mengalir bersama air,
bertebaran menjadi bunga bunga percintaan.


Aku patrikan diriku pada alam,
cinta,lara,berlagu di pucuk cemara,

angin semilir padamkan gelora.

Aku tak,kaupun tak,kita tak paham,

bagaimana laut dengan cintanya,
mematrikan diri pada tebing terjal.

Aku ingin belah sepi,

takkala bulan bersemi,
tapi kemana akan kupautkan rindu,
ketika air tak lagi bergemericik jernih.



Kepada alam jiwaku bermalam,
Kepada kekasih hatiku aku sentiasa ingin mendengar suaramu.

Saturday 15 October 2011

pelik yg amat..........

aq nk citer sikit la ,satu hari tu aq pgi jlan2 ,rancang nk g mndi pantai.. jadi nk dpendekkan citer ktowg g la naik bas nk pegi ke desaru. dalam bas tue ada la satu pemuda dan seorg nenek. Terdapat la satu perbualan  antara si nenek dgn pemuda ,ktog yg blakang nenek skali la dngar prbualan diaowg nie.si nenek sedag memicit-micit  kepalanya.
" kenapa ni nek ,"tanya pemuda tersebut.
 "ya nak kepala ni pening, perut mual,rasa macam nk muntah je," jawab nenek itu.
"oh ya nak , boleh nenek melihat muka kamu sebentar."
pemuda itu terkejut tapi kemudiannya tersenyum,"boleh nek tapi knapa?"
Si nenek menjawab ,"biar muntahnya lebih cepat."
Pastu korg boleh pikir apa yg ktowg buat kt kerusi blakang diaowg ni .
........hehehe.........