Assalamualaikum, kepada semua pembaca....

Hai, namaku Muhammad luqman hakim bin Daud. dulu aq skola kt S.M.K. Tun Hussein Onn. aq buknnya baik sngat tapi aq akan cuba jadi seowg yg baik serta pemurah. jdi tlong bantu aq jadi sorang budak yg baik . Ok bye...

Tuesday 6 March 2012

Pahala solat gugur jika amalan didorong rasa riak...

Sebenarnya untuk melakukan sesuatu amalan tanpa riak bukanlah suatu yang mudah kerana keikhlasan itu bagai seekor semut hitam berjalan di celah-celah batu hitam di kegelapan malam. Ia wujud tetapi amat sukar dilihat. Sekiranya seseorang melakukan amalan tanpa disertai riak, maka amalan inilah yang akan diterima oleh Allah SWT.

Sekiranya timbul perasaan gembira dalam dirinya saja tanpa diperlihatkan perasaan itu kepada orang lain, maka ia tidaklah merosakkan amalannya. Ini kerana amalan itu sudah pun selesai atas dasar keikhlasan yang bersih daripada riak. Kecuali jika sesudah itu timbul dalam hati untuk memperlihatkan amaln itu kepada orang lain. Lalu ia menceritakan kepada khalayak dan mempamerkannya.

Sekiranya riak itu timbul dalam dirinya ketika amalan belum selesai dikerjakan, padahal ia telah menetapkan niatnya untuk mengerjakan amalan itu atas rasa keikhlasan.

Sekiranya yang timbul itu hanya kegembiraan dalam diri saja, maka tiadalah ia merosakkan amalan itu tetapi sekiranya ia melakukan sesuatu amalan atas dorongan riak, lalu ia menyelesaikan amalan berkenaan dengan dorongan riak, maka terhapuslah pahala amalan itu. Sebab wajib atasnya menunaikan amalan yang penuh ikhlas kerana Allah semata-mata.

Sekiranya ia menyesali dirinya sedangkan ia masih dalam solat itu, lalu ia beristighfar dan bertaubat sebelum selesai solat, maka menurut qaul yang rajin (pendapat yang kuat), solat itu tidak dikira sah disebabkan ada tujuan riak....

No comments:

Post a Comment