Assalamualaikum, kepada semua pembaca....

Hai, namaku Muhammad luqman hakim bin Daud. dulu aq skola kt S.M.K. Tun Hussein Onn. aq buknnya baik sngat tapi aq akan cuba jadi seowg yg baik serta pemurah. jdi tlong bantu aq jadi sorang budak yg baik . Ok bye...

Monday 15 July 2013

Keyakinan kepada Allah

Assalamualaikum semua...
 
     Seseorang manusiayang yakin kepada Allah tidak akan mudah mengalah. Beli8au akan terus bangkit dan bangkit. Ini disebabkan mereka yakin sedang berusaha berjuang untuk sesuatu yang besar.

      Begitulah juga dalam pelajaran. Kita tidak akan kata kita letih belajar jika kita bukan benar-benar letih. Kita tidak akan cakap kita jemu belajar selagi belum benar-benar jemu. Sekiranya kita beritahu letih, sedangkan kita masih ada tenaga untuk buat benda lain, kita hakikatnya telah berbohong kepada Allah SWT, sedangkan Allah SWT itu maha mengetahui.

       Berjuang hingga ke akhir inilah yang ditunjukkan oleh Mus'ab bin Umair r.a.., sahabat Rasullah SAW yang menjadi pemegang bendera islam dalam peperangan Uhud. Beliau memegang bendera dengan tangan kiri, manakala pedangnya di tangan kanan. Apabila musuh memotong tangan kiri, segera beliau campakkan pedangnya dan memegang panji islam dengan tangan kanan pula. Setelah musuh memotong tangan kanannya, belum sempat panji itu jatuh, beliau telah menahan dengan kedua-dua belah lengannya. Akhirnya musuh melepaskan puluhan panah dari arah hadapan, menjunam membenam ke dadanya, barulah Mus'ab bin Umair r.a. tumbang.

Begitulah kekuatan yang hadir, apabila kita sangkutkan keyakinan kepada Allah SWT. K
ita tiadak akan mengalah hingga ke akhir. kita tidak akan gentar. Kita tidak akan takut.