Anda jenis yang mana satu yeee...........
lelaki tulen - tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan bersifat sebagai lelaki dan tidak
betingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
lelaki yang berharga - lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan
melambangkan dirinya tidak berharga
lelaki yang teguh jiwanya - lelaki yang tidak mudah mengalirkan air mata. Bila hati menangis, maka harga
dirinya hilang.
lelaki yang sederhana - tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
lelaki yang cantik - wanita menganggap kecantikkan lelaki berada pada perangainya dan
kebersihan hatinya.
lelaki yang punya pendirian - lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila
berjanji
lelaki yang kemas - menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan.
lelaki yang cerdik - cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu diberitahu
lelaki yang cekap - segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta
terlebih dahulu.
lelaki yang bijak - tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
lelaki yang tabah - tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung bila menghadapi
suasana menekan atau cemas.
lelaki yang berwawasan - tidak melakukan sesuatu tanpa dirancang. Objektif dan cekal dalam mengejar
cita-citanya.
lelaki yang baik - tidak suka hidup berpoya. Taat kepada suruhan agama. TIdak berjudi, berzina,
atau minum arak.
lelaki yang sopan - tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
lelaki yang mengasihi - walaupun tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Satu masa , wanita berharap
lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
lelaki yang ceria - boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan
berkerut-kerut dahinya.
No comments:
Post a Comment