Assalamualaikum, kepada semua pembaca....

Hai, namaku Muhammad luqman hakim bin Daud. dulu aq skola kt S.M.K. Tun Hussein Onn. aq buknnya baik sngat tapi aq akan cuba jadi seowg yg baik serta pemurah. jdi tlong bantu aq jadi sorang budak yg baik . Ok bye...

Sunday 22 December 2013

♥ kerja yang mulia ♥

Sudah seminggu aku kerja di rumah orang tua. Walaupun aku mendapat tentangan dari ibuku disebabkan ianya di bawah persendirian swasta tapi aku tak kisah. Bagi aku kerja tersebut amat menggembirakan dan aku langsung tak terasa terbeban dengan tugas yang diberi.

Setiap wajah penghuni di sini amat menarik hatiku untuk mendampingi mereka semua. Terdapat 1001 kisah setiap penghuni di sini. Aku insaf dengan pengajaran yang ada.

Dekat sini ada seorang aku panggil dengan gelaran pak cik sejarah kerana umurnya yang sudah menjangkau 90-an. Anak,cucu dan cicit pak cik sejarah aku mempunyai sebuah keluarga yang sangat besar.Semuanya berjaya dan semua ahli leluarga pak cik itu menetap di Singapura...

Dari sebalik yang aku tahu pak cik ini sentiasa solat dan selalu membaca Al-quran. tak pernah miss satu hari pun dari melakukan perkara tersebut.Cuma sekarang sudah kurang sikit disebabkan keuzuran yang dialaminya...Itu pun selepas isterinya meninggal dunia.

p/s: aku berharap dapat mencontohi cara hidup dulu pak cik ini.