Assalamualaikum, kepada semua pembaca....

Hai, namaku Muhammad luqman hakim bin Daud. dulu aq skola kt S.M.K. Tun Hussein Onn. aq buknnya baik sngat tapi aq akan cuba jadi seowg yg baik serta pemurah. jdi tlong bantu aq jadi sorang budak yg baik . Ok bye...

Tuesday 16 October 2012

Salamdass

Kalau bintang itu berada dihadapanku,
akan ku ukir namamu sebagai sejarah alam....

  Andai kata kita tak mungkin bersatu,
   ingatlah namamu sentiasa berada di takhta hatiku..


Wednesday 15 August 2012

M.A.C.K.ER

Perhaps I should say that I love you..
that I love you..
you're more than all that is in the imaginary and cream..
more beautiful than just a dream that will disappear when we realized..

O my beautiful girl..
it must be you already know that this feelinf has been plaguing..
this turmoil almost made me fall from my imaginary...
and should have you know that i am tormented by this feeling..

I was tormented by the injustice keep this feeling..
I should have realized this love just for you..
just yourself alone..
Love..
you should know that i love you..
even if they do not want to hear and indifferent..
despite the gloomy earth, so to me..



Friday 1 June 2012

+Future+

The future is something no one knows;
it is just that comes and goes;
it is a time that has to come;
no matter what is said or done.

When we think of tomorrow;
will it be joy, will it be sorrow?
no one can tell, no one can say;
for it is unknown day.

Friends will comes and go;
but life is just so and so;
we have times good and bad;
times happy and sad

We cannot always think of the past;
for years go by very fast;
no matter what tomorrow will be
it is only today we can see.




Wednesday 23 May 2012

Kembara cinta... ♥

Ku lihat langit tertutup kabut malam,
Bulan dan bintang malu dalam memperlihatkan cahayanya yang terang,
Ku disini sendirian dalam kegelapan malam,
menanti diri yang tak kunjung datang.

Kapan kau datang dan memeluk tubuhku yang usang,
aku akan tetap disini menunggu bidadariku datang menjemputku,
Untuk kembali dan bersatu,
kerana cintaku hanya untukmu.




Thursday 26 April 2012

aku insan yang lemah

Terlintas kenangan itu,
terbesit dalam benakku,
kerapuhan menemaniku,
dan
hanya air mata yang menemani perasaan ini.

Memendam kerinduan
hanya bisa
membuat diri ini memberontak
dan hanya bisa memohon
untuk mengetahui isi hati ini.

hatiku lemah,
jiwaku rapuh,
perasaan aku hilang,
jika diri tak bisa jujur,
tak ada yang bisa disalahkan.

kini semua hanya berakhir
dengan pernantian
dan
harapan....




Thursday 5 April 2012

Selamanya

Kehidupanku dimulakan dengan syahadah,
dan diakhiri dengan laillahaillah,
Aku umat Muhammad,
tiada yang kusembah melainkan Allah.

Tujuanku hanya satu,
menjadi khalifah di bumi Allah,
Aku tidak gentar dengan musuhku,
hanya takut pada Allah.

Ibuku yang melahirkanku,
Bapaku menjaga aku,
aku sangat sayang pada mereka,
jangan kau masukkan mereka di nerakamu Ya-Allah.

Aku tiada apa-apa,
melainkan almu yang kuterima Ya-Allah,
akan kugunakan di jalan yang benar,
Demi memartabatkan islam yang satu.


Friday 16 March 2012

Dari secebis menungan

Ada masa-masa,
kejujuran adalah kepahitan,
yang menagih kerelaan,
di celah duru-duri nista,
menusuk kesabaran,
menghiris kemesraan.

Ada masa-masa,
kesetiaan adalah belengu,
yang membelit kewarasan,
mendera keimanan,
menjerut keinsafan.

Begitulah ...
sesekali kita akan tersepit,
antara kebaikan kecurangan,
ketulusan dan keterpaksaan.

Wednesday 14 March 2012

Kesepian .... :(

Detik dan waktu terus berlalu,
Namun aku masih disini,
Di keheningan malam,
Yang sering mencuit rasa,
Terbelengu oleh seribu kepayahan,
Dimamah kesunyian dan kerinduan.

Pernantian amat menyeksakan,
Bilakah kesepian menukar cahaya,
Dan resahku berganti gembira,
Walau sampai dihinari,
Dalam pencarian,
Lantaran ingin menatap sang suria,
Dalam sinar mentari pagi,
Kulalui jua,
Hari hari tanpa nama.

Saturday 10 March 2012

Begitulah Aku.....

Kalau bulan itu rama-rama
Sudah lama kutangkap
Hadiah buatmu,
Biar dunia gelap seketika
Biar manusia mengerti
Inilah pengorbananku
Buat insan berjasa.

Kalau langit itu permaidani
telah lama kubentangkan
Mengalas kakimu,
Di rantau perjuangan,
Biar dunia tahu,
Dirimu ada unggulnya.

Kalau bintang itu bunga
Pasti kupetik
Hiasan tamanmu,
Biar semesta muram sejenak
Mencari nilai satu perjuangan.
Begitulah aku
Inginkan keperwiraanmu
Diketahui ramai.

Tuesday 6 March 2012

Pahala solat gugur jika amalan didorong rasa riak...

Sebenarnya untuk melakukan sesuatu amalan tanpa riak bukanlah suatu yang mudah kerana keikhlasan itu bagai seekor semut hitam berjalan di celah-celah batu hitam di kegelapan malam. Ia wujud tetapi amat sukar dilihat. Sekiranya seseorang melakukan amalan tanpa disertai riak, maka amalan inilah yang akan diterima oleh Allah SWT.

Sekiranya timbul perasaan gembira dalam dirinya saja tanpa diperlihatkan perasaan itu kepada orang lain, maka ia tidaklah merosakkan amalannya. Ini kerana amalan itu sudah pun selesai atas dasar keikhlasan yang bersih daripada riak. Kecuali jika sesudah itu timbul dalam hati untuk memperlihatkan amaln itu kepada orang lain. Lalu ia menceritakan kepada khalayak dan mempamerkannya.

Sekiranya riak itu timbul dalam dirinya ketika amalan belum selesai dikerjakan, padahal ia telah menetapkan niatnya untuk mengerjakan amalan itu atas rasa keikhlasan.

Sekiranya yang timbul itu hanya kegembiraan dalam diri saja, maka tiadalah ia merosakkan amalan itu tetapi sekiranya ia melakukan sesuatu amalan atas dorongan riak, lalu ia menyelesaikan amalan berkenaan dengan dorongan riak, maka terhapuslah pahala amalan itu. Sebab wajib atasnya menunaikan amalan yang penuh ikhlas kerana Allah semata-mata.

Sekiranya ia menyesali dirinya sedangkan ia masih dalam solat itu, lalu ia beristighfar dan bertaubat sebelum selesai solat, maka menurut qaul yang rajin (pendapat yang kuat), solat itu tidak dikira sah disebabkan ada tujuan riak....

Monday 5 March 2012

Cinta yang fana....

Bila diri ku disayangi,  
hatiku berkata-kata,
Saat indah kita bertemu,
Mengembalikan kenangan silam.

Kasihku terlalu dalam,
Usahlah dipertikaikan,
Sabar dan kejujuran,
menjadi paksi cinta.

Sikapmu melemahkan hatiku,
Jangan kau kenang lagi,
jangan kau uji lagi,
kisah sedih itu.

Peluang sentisa ada,
Tapi tak tau macam mana nak cari.
    Semoga kisah ini berpanjangan lagi....
    

Saturday 11 February 2012

3K harus dipelihara

3K yang aku nak cakap sentiasa dipandang sepi oleh orang lain. 3K ini walaupun nampak mudah tapi langsung orang buat tak kesah dengannya.....
dekat bawah ini aku akan beritahu apa itu 3K .

Kebahagiaan,
kebahagiaan yang kuhadapi bukannya datang dengan tiba-tiba,
kebahagiaan ini anugerah yang tuhan berikan kepada kita,
kita harus menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengekalkannya,
ia perlu hagainya sebelum ia lari dari kita.

Keamanan,
kita amat pentingkan keamanan dalam sesuatu tempat,
keamanan kita mungkin diragut oleh orang sekeliling,
kita harus sabar dan bertahan dalam menangani cabaran yang diterima,
kuatkan hati dalam kekalkan keamanan ini.

Kemuliaan,
kebanyakkan orang memandang enteng tentang kemuliaan daripada darjat seseorang,
kerna dibutakan dengan harta kekayaan yang melimpah ruah,
kemuliaan harus dijaga dengan sebaik mungkin agar tidak dikacau,
kemuliaan itu akan dipandang tinggi kembali.


p/s : kita harus sentiasa menajaga apa yang penting buat kita agar tidak direndahkan oleh orang lain agar tidak diperdagangkan maruah kita.

Monday 30 January 2012

* idea yang tak kunjung jua *.

sudah kucari berbatu batu,
sudah kususuri lautan alam ,
sudah kuterjah segenap alam ,
namun itu semua x berbaloi dengan apa yang  kudapat.

Sunday 15 January 2012

ciri ciri lelaki yang disukai wanita secara umum.

Anda jenis yang mana satu yeee...........

lelaki tulen                       - tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan bersifat sebagai lelaki dan tidak        
                                         betingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
lelaki yang berharga        - lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan
                                         melambangkan dirinya tidak berharga
lelaki yang teguh jiwanya - lelaki yang tidak mudah mengalirkan air mata. Bila hati menangis, maka harga
                                        dirinya hilang.
lelaki yang sederhana      - tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
lelaki yang cantik            - wanita menganggap kecantikkan lelaki berada pada perangainya dan
                                        kebersihan hatinya.
lelaki yang punya pendirian - lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila
                                        berjanji
lelaki yang kemas           - menjaga kebersihan serta berdandan  tetapi tidak secara berlebihan.
lelaki yang cerdik           - cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu diberitahu
lelaki yang cekap           - segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta
                                       terlebih dahulu.
lelaki yang bijak             - tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
lelaki yang tabah           - tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung bila menghadapi
                                       suasana menekan atau cemas.
lelaki yang berwawasan - tidak melakukan sesuatu tanpa dirancang. Objektif dan cekal dalam mengejar
                                      cita-citanya.
lelaki yang baik              - tidak suka hidup berpoya. Taat kepada suruhan agama. TIdak berjudi, berzina,
                                     atau minum arak.
lelaki yang sopan            - tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
lelaki yang mengasihi      - walaupun tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Satu masa , wanita berharap
                                        lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
lelaki yang ceria              - boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan
                                       berkerut-kerut dahinya.