Assalamualaikum, hari ini saya akan menceritakan apa itu akhlak. Akhlak adalah apa yang kita bawa sepanjang masa dan setiap ketika. Sesungguhnya akhlak yang mulia itu sangat penting dalam kehidupan mukmin. Akhlak juga adalah cerminan kepada apa yang ada di dalam jiwa kita.
Manusia lain tidak akan dapat menilai jiwa kita. Mereka dan kita tidak mempunyai kuasa untuk melihatapa yang ada di dalam hati. maka, akhlak adalah perkara yang paling penting dalam membina hubungan baik dengan manusia lain.
Akhlak juga penting untuk mempromosikan islam. Sekiranya kita orang islam tidak mempunyai akhlak yang baik, orang lain akan melihat itu sebagai tidak baik. Akhlak juga amat penting dalam menjaga keharmonian hidup.
Adakah anda suka hidup dengan orang yang kurang ajar, biadap dan berakhlak buruk?
Kerana itulah Rasulullah SAW diutuskan, iaitu untuk membina akhlak yang mulia.
"Sesungguhnya aku ini diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." (Hadis sahih riwayat Bukhari.)
No comments:
Post a Comment